Sunday, June 7, 2009

Tak Bisa Memiliki....

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.Terlalu kecewa. Sesuatu yang
luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai
harapan.

Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Ahhhh…sungguh semua itu telah
menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa, bermunajat, bermuhasabah dan bertaubat di atas segala dosa-dosa yang dilakukan.. Manusia mana yang tidak melakukan dosa?? Hanya Allah tempat kita memohon perlindungan dari godaan Syaitan dan perlindungan dari manusia yang berhati Syaitan(orang-orang yang munafik).

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya : harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan terlalu mengharapkan kepada kesempurnaan hidup.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.
Begitu juga kegagalansering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak keupayaannya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pastiakan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya.

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak

juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan

Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah

mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah

luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa

yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang

yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "

(Surah Al-Hadiid : 22 - 23)



Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak sedar kita

mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita

tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya Allah… harus dia, kerana

aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan

paksa.


Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik.

Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya

dengan marah kerana niat kita yang tercemar.



Maka wahai jiwa yang sedang gundah, firman Allah SWT:


"…… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi

kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah

Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

(Surah Al-Baqarah 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan

terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa

yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan

harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia

tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : Hidup di akhirat

kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

2 comments:

Annurkasih said...

salam lai...spesies kita ni spesies penyedih kan.haha...ntahla..mggu ni nanges saja aku.huhu

nooreen.rahman said...

wahhhh tak baca.. aku rasa time ni kita kita mmg tulis pasal kawin lah :) suka entry ni! more entry mcm ni please~ thanks for sharing