Ikhlas bererti melakukan sesuatu amalan kerana Allah SWT dan ikhlas juga merupakan satu sifat paling tinggi dan dan paling terpuji.Allah SWT telah memerintahkan para malaikat agar sujud kepada Adam sebagai menghormati kejadian Allah SWT setelah sempurna ia diciptakan.
Iblis enggan dan merasa takbur kerana merasakan dirinya yang dijadikan dari api itu lebih mulia daripada Adam yang dijadikan daripada tanah.Kerana keengganannya itu,Allah SWT telah melaknatnya dan menyebabkan ia termasuk dalam golongan mereka yang kafir lalu Allah menghalaunya keluar dari syurga.Iblis telah memohon dipanjangkan umur untuk mebolehkannya menipu Adam dan keturunannya agar mereka semua boleh dibawa bersama masuk ke neraka.IBLIS BERSUMPAH AKAN MENYESATKAN SEMUA ANAK ADAM KECUALI MEREKA YANG IKHLAS DIKALANGAN HAMBA ALLAH.
Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsiaKU.Aku pertaruhkan dia pada hati mereka yang Kukasihi daripada kalangan hambaKU.(Hadis Qudsi)
Ikhlas bererti berilmu,iaitu ilmu agama.Seseorang hamba tidak akan berupaya untuk bersyahadah dan memahami hakikatnya,melakukan sembahyang,puasa,haji atau zakat kecuali sekiranya ia tahu rahsia-rahsia disebalik amalan-amalan tersebut.Memahami tentang pembentukan peribadi atau kesan daripada amalan-amalan tersebut,termasuk balasan Allah terhadap amalan-amalan yang dilakukan itu..Tanpa ilmu yang berkaitan,manusia hanya akan bertaklid,melakukan sesuatu menurut kebiasaan seperti yang dilakukan oleh orang lain.
Ternyata disini bahawa sifat ikhlas itu merangkumi pelbagai amalan ibadah yang difardukan dan disunatkan,kerana itu orang yang ikhlas ialah :-
1) Mukmin yang sentiasa memelihara kewajipan yang difardukan juga amalan-amalan sunat terus menerus.
2) Melakukan perintah Allah dengan rasa tunduk hati.
3) Mereka yang tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah samaada percakapan yang lagha,penipuan dan sebagainya,pemakanan yang halal dan berupaya mengelakkan penyakit hati seperti riak,takabur,sombong dan sebagainya.
4) Mereka yang tidak mementingkan dunia berbanding akhirat.
5) Mereka yang memahami konsep kemakbulan doa.
Wallahualam....
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment