RENUNGAN
MUTIARA IMAN:
DIA SUKA KITA MEMINTA
وقال ربكم ادعونى استجب لكم
Firman ALLAH: “Dan TUHAN kamu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu” (Surah Ghafir ayat 60) Ulasan Ayat :
1. Ayat di atas ALLAH SWT telah memerintahkan kepada hamba-hambaNya agar meminta kepadaNya, nescaya DIA akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNya.
2. Doa yang diminta daripada ALLAH merupakan persembahan dari seorang hamba terhadap ALLAH, doa merupakan bukti bahawa kita adalah seorang hamba, doa adalah tanda kita perlu kepada ALLAH, doa juga menyatakan bahawa kita hina dan ALLAH adalah TUHAN yang MAHA AGUNG.
3. Sesungguhnya ALLAH SWT sangat kasih dan cinta terhadap hamba-hambaNya yang suka meminta kepadaNya, malah DIA tidak suka dan cemburu jika hamba-hambaNya meminta selain daripadaNya.
4. Kita hendaklah menyakini bahawa ALLAH SWT itu mendengar setiap permintaan dan pohonan kita, DIA sangat cinta mendengar rintihan demi rintihan kita kepadaNya.
5. Namun terdapat beberapa keadaan yang apabila kita memohon kadang-kadang cepat diperkenankan, kadang-kadang lambat dimakbulkan, dan ada juga yang tidak dimakbulkan langsung. Ianya bergantung kepada ketentuan ALLAH, DIA menentukan segala sesuatu yang kita minta adalah mengikut kepada aturanNya yang terbaik. Manakala yang tidak dimakbulkan diberi ganjaran pahala di akhirat nanti, maka janganlah kita merasa kecewa kerana setiap yang kita minta ada habuannya, Cuma kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersabar dan redha atas segala ketentuanNya.
6. Apabila kita mengeluh hati yang keras, hati yang lalai, jiwa yang malas, maka ubatnya adalah adukan segalanya terus menerus kepada DIA, maka pasti hati kita akan menjadi lebih lembut, merasa tenang, dan sentiasa mahu kembali kepada ALLAH. Kepada siapa lagi hendak kita ceritakan segala keinginan dan keaiban kita jika tidak kepada DIA, walaupun DIA mengetahui segala keburukkan kita, namun DIA tetap juga mahu mendengar rintihan kita dan memperkenankannya, janganlah kita malas meminta dan malu terhadapNya…
7. Kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan berdoa, berdoa dengan penuh adab dan penuh khusyuk, doa bukan hanya dipanjatkan pada ketika kita memerlukanNya, panjatkanlah doa kepadaNya atas dasar kita suka bercakap dan merintih denganNya dan rasailah bahawa DIA suka mendengar rintihan kita, kita mengakui diri kita adalah hamba hina, DIAlah TUHAN kita.WALLAHU’ALAM
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
2 comments:
thanks for sharing this!
no hal ba tu intan.. wey.. aku tak confirm dpt p kl next month.. bz semacam jek.. huhuhuhu
Post a Comment