Saturday, November 15, 2008

Artikel aku copy dari Zai.. hehe..

Apa itu seks?(18sx)

Apa itu SEKS ?

(bagaimana mengelakkan Zina)

18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang dinasihati tidak membaca seorang diri kerana di khuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina (janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca - harap maklum!)

18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!

18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar’ maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.

……………….

Baiklah, kita mulakan sekarang sebuah entry yang bercerita tentang SEKS…

Suatu hari dalam perjalanan dari Kuantan ke Terengganu, sebuah kereta bergerak dengan lajunya seolah-olah, “sekarang, sayalah yang terpantas..”

Kereta itu bukanlah ambulance, juga bukan kerata bomba, apatah lagi kereta polis, kereta mayat pun bukan..

Kereta itu adalah kereta hak milik persendirian, sebuah proton satria kuning yang di bawa oleh anak Pak Taib dengan nafsu gelora jiwa remaja, aku yang dah berkahwin menasihatinya..

“jangan bawak laju-laju, aku belum pergi haji lagi”

Semantara itu si jo yang masih bujang pula menasihati anak Pak Taib supaya bawak perlahan dengan alasan;

“aku belum kahwin lagi..”

Atau hakikat sebenar..

“aku tak nak mati lagi kerana aku belum rasa nikmat bersetubuh,!!”

——————

Seks! Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!

Dan tak kurang juga yang di campakkan ke dalam neraka kerananya.. oh!

Hari ni jika korang rajin(banyak masa) cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!

Sehingga tak tercapai akalku..isk…

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?,

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa, penyakit kelamin dan doctor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar, lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda sehingga kawan aiman yang umur 5 tahun tapi dia kecik sajer, bila main dia cepat letih, tapi aiman cakap: “dia tak kisah..”

Akupun tak mendikrimasikan kawan aiman, tapi kisahkah kita jika jumlah kawan ‘aiman’ semakin bertambah?..oh!

Kawan aiman menjadi mayat yang sukar di uruskan sehingga terpaksa meminta pengurus mayat yang pakar…
Apa perasaan Aiman bila lihat mayat sahabatnya….?

Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?

Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):

Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..

Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:

“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!

Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!

Naduzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?

Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?

Dah lama aku dengar desas desus dan ura ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?

Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I’m seks education”.

Dahsyat…, dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!

Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?
Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…

Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..

Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ’senjata’..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)

Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat, bini pulak datang bulan, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. naduzubillah.

Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!

Aku sekarang ni pun dah dapat anak perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk bersetubuh adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..

Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan…oh!, dan lelaki bila dah stim, kemaluan menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis atau telur lelaki akan rasa ’senak’, dan pada waktu ini keinginan untuk mencari lubang untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami-tak boleh tidur kerana teringin nak bersetubuh..oh!),

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, bagus jugak perasan sibuk ni..

Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia- tak caripun-Allah masih sayangkan aku)
Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh’ tarik, lepak di jalan tengok orang atau tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan… mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu “air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!

Tahukah korang?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu bersetubuh yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!

Tahukah korang?

ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT.. Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!

Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ‘bukan aiman’ semua tak kisah???

Tahukah korang?
REMAJA –REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,

Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas tu nak cium mulut, dah cium mulut nak hisap lidah, dah hisap lidah-peluk erat, kemaluan berlaga, tangan raba dada, dapat dada nak betis dapat betis nak paha, give him an inch, and he’ll take a mile, lepas tu hisap kelentit wanita, wanita pulak hisap kemaluan lelaki, lepas tu masuk tapi pancut luar, kemudian terpangcut dalam, lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!

Nota: aku bukan doa korang yang dah terlanjur untuk masuk neraka, aku Cuma cakap amalan dosa itu yang boleh buat korang masuk neraka, aku sayang korang, sebelum korang jadi mayat, korang bertaubatlah, dan zahirkanlah taubat korang melalui kahwin!!!!

Zaman sekarang anak-anak muda kita mudah dapat ‘pendidikkan seks’, zaman pakcik muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap’ itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?

Huh siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada anak anak kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?
Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat…

Nasihat seorang alim:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Tapi apa jadi pada aku yang hina ini?
Aku telah buat maksiat sampai penat dan letih sehinggalah aku tidak berupaya lagi untuk buat usaha atas iman…isk..isk…

Sahabat sahabat nabi SAW telah berpeluh kerana ugama, tapi aku hari ini berbeluh kerana berbuat dosa… isk.. isk..

Nabi SAW solat sampai bengak kaki, tapi aku bergerak ke arah maksiat setiap hari sampai lenguh tumit kakiku ini.., kepada Allah aku memohon keampunan dan pertolongan..oh

cerita di copy dari blog //keretamayat.blog

0 comments: